Umum

Hadiah Kemenangan Disekat, Rakan Diharamkan – Ini Respon Khabib

Published on

Masih hangat diperkatakan, kini Khabib Nurmagomedov sedang berdepan penahanan wang kemenangan berjumlah RM6.24 juta dan Dana White turut mengharamkan Zubaira dan rakan pelatih Khabib, Islam Makhachev daripada sukan MMA kerana menyerang Conor McGregor di dalam sangkar semasa kekecohan berlaku.

Kesan dari tindakan itu, Khabib menyatakan di juga akan mengancam untuk meninggalkan UFC jika syarikat kendalian Dana Whita itu tidak mengubah keputusan mereka.

“Kenapa UFC tidak menghukum individu (McGregor) yang menyerang bas (insiden di Brooklyn April lalu) dan hampir membunuh beberapa orang?

“Kenapa berdiam diri apabila negara, agama dan keluarga saya dihina?

“Kenapa rakan sepasukan saya sahaja yang dihukum sedangkan kedua-dua kem bergaduh?

“Tak perlu hukum Zubaira, tetapi hukumlah saya. Jika UFC pecat Zubaira, UFC juga kehilangan saya.

“Bangsa Rusia tidak akan meninggalkan saudara mereka dan akan berjuang sehingga ke penghujung,” kata Khabib di Instagram.

“Kamu boleh simpan duit saya. Nampaknya kamu terlalu sibuk dengan perkara itu. Bagi saya, maruah lebih penting.” tambah Khabib.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version