Umum

GoPro Hero 9 Mudah Dibawa Kemana Sahaja Dengan Hard Case Yang Tersedia

Published on

GoPro Hero 9 sudah mula dijual di pasaran Malaysia beberapa hari lepas dan kalau korang nak tahu, GoPro ni merupakan device yang Ohmedia rasa macam tak lengkap je hidup kalau terlepas setiap tahun. Bila keluaran baru dilancarkan je, mesti terus rasa nak beli dan semestinya akan ada pelbagai features menarik yang dinaiktaraf dan sememangnya sangat berguna.

Nak jadikan cerita, harini baru sempat pergi ke Lowyat untuk beli GoPro Hero 9 ni disebabkan kesibukan yang terlampau. Pergh! Pertama kali dalam sejarah GoPro menggunakan hard case menggantikan yang sebelum ini hanya menggunakan transparent case. Secara tak langsung memang akan memudahkan kita untuk simpan dan membawa GoPro ni sekali pada bila-bila masa dan dimana jua. Aiceh!
Kalau korang nak tahu apa perbezaan GoPro Hero 9 ni dengan GoPro yang sebelum-sebelum ni, tunggu Ohmedia puas pakai sehari dua ni dulu sebelum share footage-footage dari GoPro Hero 9 terbaru ni ya gais. 
+ Baca respon pembaca GoPro Hero 9 di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version