Pejabat Agama Daerah Baling ada menjalankan operasi semalam dan dua lelaki melayu yang beragama islam telahpun ditahan sewaktu tengah leka membeli nombor ramalan di Pekan Kuala Ketil kira-kira pada pukul 3 petang semalam. Dua lelaki ini ditahan mengikut Seksyen (16) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 kerana kesalahan berjudi. Mereka boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau didenda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Dikatakan mereka cuba melarikan diri tapi masih gagal dan berjaya ditahan penguatkuasa. Kedua-dua lelaki yang berusia 38 dan 59 tahun tu ditahan dalam operasi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Agama Baling iaitu Sheikh Mohd Rasydan A Rahman bersama lima anggota penguatkuasa yang lain.
Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Balai Polis Kuala Ketil untuk laporan lanjut. Pegawai Agama Daerah Baling, Sheikh Mohd Haizan berkata anggota penguatkuasa hanya merampas dua kertas nombor ditulis oleh kedua-dua lelaki tu yang hendak dibeli dan satu resit rasmi kedai nombor ekor tu.