Umum

Disney Gugurkan Johnny Depp Untuk Filem Terbaru Pirates of The Caribbean

Published on

Nampaknya ada satu berita mengejutkan bagi penggemar dan pengikut filem Pirates of The Caribbean apabila Disney membuat keputusan untuk ‘reboot’ semula filem berkenaan serta tidak mahu meneruskan pengambilan pelakon Johnny Depp untuk melakonkan watak kapten Jack Sparrow.

Setelah hampir 15 tahun Johnny meembawakan watak berkenaan dan kini terpaksa berhenti untuk melakukan penggambaran bersama Black Pearl.

Ramai beranggapan filem ini tidak akan berjaya tanpa Johnny Depp. Beliaulah yang menghidupkan watak Jack Sparrow serta mewarnakan filem berkenaan dan tanpa kelibat Johnny dalam filem ini akan datang, pasti peminat akan rasa kehilangan seorang watak yang bersahaja dan hebat.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version