Oh! Lifestyle

Denda RM500 Atau Kutip Sampah Jika Didapati Membuang Sampah di Semporna

Published on

Denda RM500 atau melakukan khidmat masyarakat jika membuang sampah merata-rata. Langkah ini diambil oleh majlis tempatan Semporna bermula 1 Januari lalu bagi memastikan kebersihan sekitar bandar Semporna, Sabah.

Apa yang menarik perhatian kami adalah, jika anda tidak mahu membayar denda RM500, anda boleh memilih untuk mengutip sampah di sekitar kawasan selama 1 jam dan anda juga harus memakai vest yang disedikan pihak berkuasa dimana terdapat perkataan monyet dilekatkan pada vest tersebut.

Rata-rata mereka yang telah ditangkap membuang sampah merata-rata memilih untuk melakukan khidmat masyarakat berbanding membayar denda kerana tidak mampu untuk membayar denda.

Jadi, amalan murni dengan menjaga kebersihan ini seharusnya telah lama dijadikan kebiasaan dalam diri kita demi menjamin persekitaran yang sihat, amat dan sejahtera.

Comments

Exit mobile version