Umum

Datuk Farid Kamil Di Penjara 9 Bulan

Published on

Semalam, rayuan Datuk Farid Kamil iaitu suami kepada Datin Diana Danielle untuk tidak dipenjarakan selama 9 bulan ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dan terpaksa meringkuk dalam penjara sejak Khamis lalu.

Farid Kamil dikatakan hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hanya dengan menunggang motosikal dan tanpa ditemani ahli keluarga ketika prosiding rayuan di tolak dan sebaliknya mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mei lalu.

Tahun lalu, Farid disabitkan kesalahan atas penggunaan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) dan dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan pada Mei lalu. Selepas 35 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Ab Karim membenarkan penangguhan hukuman tersebut selepas permohonan rayuan difailkan pelakon itu sebelum ini.

Sumber : ROTIKAYA

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube



Comments

Exit mobile version