Selepas merahsiakan percintaan mereka bertahun, akhirnya semalam pasangan Shaheizy Sam dan pasanganya Syatilla Melvin telah mengumumkan tarikh perkahwinan yang akan berlangsung pada 8 Februari nanti.
Walaupun peminat berasa gembira dengan pengumuman tersebut namun ada juga segelintir peminat yang kurang senang kerana pasangan ini telah merahsiakan percintaan mereka.
Untuk pengetahuan anda, Sam telah merisik Syatilla pada 13 Disember yang lepas dan hubungan mereka telah mendapat restu dari keluarga dan ibu Sam.
Majlis akadnikah pasangan ini akan berlangsung kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Bukit Jawi Gold Club, Pulau Pinang manakala majlis resespsi sebelah lelaki akan diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
OHMEDIA: TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT BAKAL PENGANTIN.