Umum

Blackpink Buatkan Peminat Malaysia ‘Gila’

Published on

Kumpulan K-Pop terkemuka Korea iaitu Blackpink kini berada di Malaysia berikutan dengan konsert Blackpink In Your Area di Stadium Tertutup Malawati. Konsert yang diadakan pada malam tadi dilaporkan telah dihadiri kira-kira 8,000 penonton.

Blackpink membuatkan ramai peminat gila apabila mereka muncul di atas pentas dengan lagu terhits mereka, Ddu-Du Ddu-Di.

Blackpink mempersembahkan 20 lagu popular mereka bersama-sama penyanyi popular lain seperti Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose sepanjang dua jam mereka beraksi.

Kemunculan Blackpink yang juga sinonim sebagai ikon fesyen nyata memenuhi jangkaan apabila tampil bertenaga, menghiburkan dan bijak memanipulasi pentas bersama aksi comel mereka.

Peminat yang hadir juga mengakui berbaloi mengeluarkan wang antara RM370 hingga RM700 kerana ini merupakan penampilan pertama kumpulan itu di Malaysia.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version