Oh! Artis

Bapa Pelakon & Pengarah Terkenal, Afdlin Shauki Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

Published on

Bapa kepada pelakon dan pengarah terkenal iaitu Datuk Afdlin Shauki baru saja meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Menerusi akaun Instagram miliknya, Afdlin meminta orang ramai untuk sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah bapanya .



Dalam posting tersebut, Afdlin mengatakan yang pasti dirinya akan rindukan senyuman bapanya dan meminta orang ramai yang mengenali arwah bapanya agar mememaafkan andai ada salah silap yang pernah dilakukan arwah. Walaubagaimanapun, Afdlin tidak penyakit yang arwah bapanya hidapi.



Sama-sama kita doakan supaya arwah bapanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah dari Ohmedia buat Afdlin sekeluarga dan semoga tabah menghadapi ujian ini. Al-fatihah (dibaca).

Kredit: Instagram Afdlin Shauki

+ Baca respon pembaca bapa Afdlin Shauki meninggal dunia di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version