Umum

Ayu Raudhah Bakal Timang Anak Keempat

Published on

Ayu Raudhah telah mengumumkan dirinya sedang hamil anak keempat di akaun Instagram miliknya. Menerusi foto yang dimuat naik, Ayu berkongsi berita gembira tersebut bersama pengikutnya.

Menurutnya, bersempena dengan Awal Muharam, Laura Zuleykha akan menjadi kakak dan hasrat suaminya inginkan anak ramai, ditunaikan.

Ayu dan suaminya, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abdul Razak berkahwin pada 21 Januari 2011.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zuleykha, setahun.

Oh! Media: Kami mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan.

Comments

Exit mobile version