Umum

ASTRO Mohon Maaf Dan Sahkan Dapat Hak Penyiaran UCL

Published on

Semalam hangat diperkatakan mengenai Astro yang tidak akan menyiarkan Liga Juara-Juara Eropah. Setelah mendapat pelbagai reaksi dan persoalan dari natizen, Astro telah memaklumkan satu tweet melalui Astro Awani dengan mengesahkan Astro akan membawakan siaran langsung Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang bermula awal pagi tadi.

Sebelumnya, ramai peminat bola sepak tanah air menunjukkan rasa kecewa dan mempersoalkan tentang bayaran langganan yang telah dibuat tidak berbaloi jika tiada siaran langsung.

Manakala, kenyataan yang cuba diterangkan oleh pihak Astro pula adalah apabila ia berkaitan dengan harga bidaan yang meningkat dan Astro terpaksa membuat keputusan sama ada mahu membeli hak penyiaran dimana ada kemungkinan caj tambahan dikenakan kepada pengguna atau sebaliknya.

Oh! Media: Harap janganlah dikenakan lagi caj pada pengguna kerana caj yang dikenakan untuk siaran sukan juga agak tinggi sekarang.

Comments

Exit mobile version