Umum

Anda Kini Boleh Mendapatkan Waktu Solat Secara Terus di Google

Published on

Hasil carian di Google semakin lengkap apabila ia menawarkan sejumlah keputusan carian waktu solat dengan pantas mengikut kawasan yang kita inginkan.

Kini, apabila kita ingin mengetahui waktu solat pada suatu tempat dan kawasan, anda hanya perlu menaip, sebagai contoh ” Waktu Solat di Seremban”, maka Google akan memaparkan hasil carian berkaitan waktu solat Subuh hingga ke Isyak.

Anda juga tidak perlu risau mengenai kesahihan maklumat ini kerana Google mengatakan, data tersebut diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Selain data waktu solat di Malaysia, Google juga turut menyokong paparan waktu solat untuk beberapa negara lain seperti Indonesia.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version