Dalam kemerlut rumahtangga pelakon dan penyanyi Awie dan isterinya Rozana Misbun, sudah tentu insan yang lebih mengetahui perkara sebenar adalah insan terdekat dengan mereka iaitu anak-anak.
Aleeya Antasha, anak sulung Awie hasil perkahwinannya dengan pelakon Arni Nazira membuat pendedahan melalui laman sosial Facebook miliknya dan mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Rozana adalah tipu semata-mata.
Pendedahan Aleeya ini selepas Rozana mengeluarkan kenyataan selepas memohon Awie melepaskannya dengan cara baik jika sudah tidak bahagia bersama dan juga menafikan berlaku curang kerana rutin hariannya sibuk menguruskan anak-anak.
OHMEDIA telah melancarkan satu lagi rangkaian dibawah Oh! Media Network iaitu Oh! Perfumenista yang menjual pelbagai jenis perfume berjenama dunia dengan harga yang murah. Dijamin murah dan berkualiti tinggi!