COVID-19

Anak Donald Trump Pula Disahkan Positif Selepas Jalani Ujian Saringan Kedua

Published on

Anak kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump iaitu Barron Trump telah disahkan positif Covid-19. Pada awalnya, Donald Trump dan isterinya, Melania Trump juga telah disahkan positif dua minggu lepas setelah membuat ujian saringan.

Setelah dapat tahu yang mereka telah disahkan positif, Melania sudah mula risau tentang anaknya. Tapi masa tu, keputusan ujian anaknya negatif.

Menurut Harian Metro, Melania mengatakan beberapa hari lepas tu, anaknya sekali lagi menjalani ujian saringan dan keputusan ketika itu positif tanpa menunjukkan sebarang simpton.

Terbukti yang tiada siapapun yang akan terlepas dari wabak ini sekiranya tidak berjaga-jaga. Jadi, korang kena sentiasa menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca anak Donald Trump positif Covid-19 di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version