Umum

Aliff Aziz Nangis Teresak-Esak Depan Ustaz Ebit Lew

Published on

Baru-baru ini panas betul kontroversi tentang Aliff Aziz ya? Macam-macam gosip panas. Tambah pula dia dan Bella Astillah baru je bercerai pada 16 Mei lalu.

Ustaz Ebit Lew ada berkongsi sebuah video melalui laman Instagramnya berjumpa dengan Aliff Aziz di Singapore sehingga menjadi perhatian netizen. Mana taknya, dalam video tu Aliff menangis teresak-esak mengenangkan apa yang berlaku dalam hidupnya.

Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi ‘asbab’ kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual. Saya tanya (kepadanya) jika hari ini adalah hari terakhir. Tiada esok, tiada lusa. Apa (dia) nak cakap kepada yang disayangi dan anak yang sangat ‘cute’. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak. Syukur dengar Aliff kini yang menjaga solat, mula hafal al-Quran. Nenek dan datuknya orang sangat baik. Begitu juga mak dan ayahnya. Tadi, banyak soalan agama daripadanya. Setiap manusia diuji Allah.

Ustaz Ebit Lew sangat kagum dengan Aliff sebab dia dah mula mendekatkan diri dengan Allah dan akan berusaha menjadi insan yang lebih baik. InshaAllah. Semoga Aliff terus beristiqamah ya?

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Exit mobile version