Umum

Aeril Zafrel Nafikan Gambar Fitnah Yang Tersebar

Published on

Aeril Zafrel berkata gambar bogel tular seakan mirip wajahnya itu bukanlah dirinya.

Malah menurut pelakon popular drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap itu, perbuatan terkutuk itu adalah angkara orang yang sengaja mengaitkan dirinya dengan foto berkenaan.

“Ini gambar penuh yang diberikan seorang wartawan kepada saya dan dikatakan tular dari semalam. Cubaan keji yang cuba mengaitkan saya dengan keaiban yang dangkal ini.

“Wawollahi Watallohi Wabillahi ITU BUKAN SAYA. Biarlah ALLAH yang memberi balasan pada yang terusan berniat atas fitnah ini.

“Sunat pun tak lagi yang dalam gambar tu. Maaf TERPAKSA TIDAK BLUR kan apa yang sepatutnya SEBAGAI BUKTI TAK SUNAT tu. HAHA Gambar ini hanya SEMENTARA. Dinasihatkan JANGAN ZOOM ya!,” coretnya sebentar tadi.

Comments

Exit mobile version