Umum

(Video) Kanak-Kanak Paling Gemuk Di Dunia Berjaya Turunkan 110kg

Published on

Siapa yang ingat pasal adik Arya Permana dari Indonesia ni? Dia sekarang dah pun berumur 13 tahun dan pernah bergelar kanak-kanak paling gemuk di dunia suatu ketika dulu. Fuhh! Berat badannya dikatakan pernah mencecah sampai 193 kilogram.

Arya tidak boleh terlalu banyak sangat bergerak disebabkan berat badannya yang berlebihan tu sampai tak boleh pergi sekolah. Dengan tu, dia dah bertekad nak ubah gaya hidupnya dengan bantuan beberapa pihak. Baru-baru ni, seorang ahli bina badan Indonesia, Ade Rai iaitu jurulatih kecergasan kepada Arya ada memuat naik satu video tentang Arya.



Dalam video tersebut kita dapat tengok yang badan Ayra dah semakin susut dan jauh la beza kalau nak dibandingkan dengan dirinya yang sebelum ni. Berat badannya dikatakan susut sehingga 110 kilogram. Dikatakan Arya ada menjalani pembedahan barometrik (herotan badan), dan bersenam sampai lah badannya menjadi susut.

Sumber : Siakap Keli

+ Baca respon pembaca kanak-kanak paling gemuk turun 110kg di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version