Sepertimana yang kita tahu, isu yang sedang hangat di media sosial adalah mengenai adik Pengarah Urusan gedung tekstil terbesar Malaysia yang memperlekehkan orang Melayu baru-baru ini. Fuh, ramai yang tak puas hati!
Isu tersebut telah mendapat perhatian pelakon Datuk Adi Putra sehingga beliau memuatnaik satu posting di Instagramnya, @adpadiputra mengulas tentang kenyataan dan permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh Muzaffar Jakel.
Bulan puasa ni tak ada benda lain ke nak buat hal @muzaffarjakel?? Maaf tu boleh, lupakan tak mungkin kot. 2 things beared in mind. 1: Don’t play with religion. 2: Don’t tease with races. One word for you, STUPID. *Disertakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris andai tidak memahami. #taatpadayangsatu
Kali ini, Ohmedia setuju dengan pandangan Adi Putra sebab kita jangan sesekali melibatkan bangsa dan agama untuk dikaitkan dengan sesuatu isu. Tak pasal-pasal dah dapat kecaman daripada satu Malaysia tau.