Umum

Acara Galaxy Unpacked Akan Mempamerkan Samsung Galaxy S10

Published on

Akhirnya, Samsung telah mengumumkan akan melakukan acara Galaxy Unpacked yang akan memperkenalkan Samsung Galaxy S10 yang akan dilakukan pada 21 Februari 2019 pada jam 3 pagi waktu Malaysia.

Melalui video yang dimuat naik oleh pihak Samsung, terdapat nombor 10 dan ia dijangkakan berupa peranti Galaxy S10 dan Samsung juga dijangkakan akan memperkenalkan telefon boleh-lipat pada acara itu.

Acara ini juga dijangka akan menarik perhatian ramai pengguna seluruh dunia, memandangkan ia adalah peranti ulang-tahun ke-10 untuk siri Galaxy S.

Jadi, apa agaknya kejutan yang akan di bawakan Samsung kali ini dan ia pastinya memberikan sesuatu yang baru dan luar biasa.Sama-sama kita nantikan.

Comments

Exit mobile version