Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menyaksikan ada beberapa aktiviti ekonomi seperti bazar ramadan atau pasar malam menjadi tempat orang ramai mendapatkan kuih raya ditutup bagi mengelakkan berlakunya penularan jangkitan COVID-19.
Namun meskipun ditutup, korang boleh memilih untuk membuatnya dirumah. Ini 6 resepi kuih raya simple yang korang boleh cuba untuk raya kali ini.
Biskut Nestum
Sumber gambar dari Mama tomei
Siapa sangka dengan menggunakan nestum sebagai bahan utama, ia mampu menjadi penyelamat mood raya korang tahun ini. Simple dah mudah. Masa nilah korang perlu manfaat segala bahan yang ada kat dapur tu dari sayang tamat tarikh tapi tak digunakan.
Ini salah satu lagi resepi mudah yang patut korang cuba. Berbekalkan 4 bahan utama, korang boleh jadikan ia sebagai biskut raya tahun ini. Cara penyediaannya juga mudah. Ohmedia kalau jumpa kuih ni lebih prefer makan satu persatu cornflakes dia. Tak tahulah mengapa, hahaha!
Kuih raya tak semestinya korang perlu menghidang biskut sahaja. Korang juga boleh memilih kekacang sebagai salah satu kuih raya korang, misalnya kacang puith goreng. Paling best dinikmati semasa berborak dengan saudara mara. Know-know, dah habis satu balan, kah!
Tak pasti mengapa biskut ini dipanggil sebagai biskut Arab, namun biskut ini antara biskut yang patut ada pada hari raya. Penyediaan biskut tidaklah serumit mana kerana hanya menggunakan 4 bahan utama.
Kalau korang kurang menggemari jenis kuih raya yang manis-manis, mungkin korang patut cuba resepi ini selain dari kacang putih goreng. Rasa garing dan lemak masin pasti menarik cita rasa korang. Kena pula layan tv time raya, satu balang habis pun tak perasan.
Kuih ini antara kuih lejen yang ada pada hari raya. Kuih ni kalau buat hari biasa tak beberapa nak layan sangat. Tapi bila makan time raya, boleh gaduh adik-beradik sebab berebut. Rasa savoury pada kuih ini membuatkan korang makan tanpa henti.
OHMEDIA: MESKIPUN KERAJAAN MELARANG AKTIVITI KUNJUNG-MENGUNJUNG KETIKA RAYA NANTI, TAPI BUKAN ALASAN KITA UNTUK TIDAK MENGHIDUPKAN SUASANA RAYA DIRUMAH KITA. Sumber: Bidadari.my | Rasa.my