Umum

50 Maut dan Lebih 70 Cedera Serangan Pengebom Nekad

Published on

Di saat umat Islam sedang menyambut Maulidur Rasul semalam, lain pula apa yang berlaku di Kabul Afghanistan. Diberitakan, lebih 50 maut akibat serangan pengebom nekad di ibu negara Afghanistan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish berkata, lebih 70 mangsa lain cedera dalam serangan di Kabul itu.

“Seorang pengebom nekad meletupkan diri dalam sebuah dewan majlis perkahwinan di mana ulama agama berkumpul untuk menyambut Maulidur Rasul,” kata Danish.

Setakat ini, masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

Sumber: Berita Harian

Comments

Exit mobile version