Seperti yang diketahui ramai, Daud Kim merupakan seorang penyanyi Korea yang memeluk Islam tak lama dulu dan popular sebagai YouTuber yang berkongsi kisah penghijrahan dan kehidupan hariannya.
Video yang dikongsikan di TikTok itu tular beberapa hari lalu dan terus hangat diperkatakan orang ramai sehingga kini.
Malah ada dakwaan menyatakan lelaki itu ke Turki bagi melengahkan proses penceraian yang sedang berjalan di antaranya dan isteri, Mia.
Tak cukup dengan itu, isterinya dikatakan berkongsi bukti di mana dia telah didera secara fizikal oleh Daud Kim.
Daud Kim just run away from his responsibility again. What’s worst? Mia has a second child = more commitment to bear alone (even though she get helps from her mom, but still..)
She give him a second chance, but he destroyed it just like that. Poor woman. pic.twitter.com/cGvWhkSGZg
Disebabkan Mia baru sahaja melahirkan anak kedua mereka, orang ramai tumpang simpati dengan nasib yang menimpanya.
Pernah dituduh cuba merogol seorang wanita ketika mabuk pada suatu masa dahulu, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap Daud Kim yang nampaknya masih tidak berubah.
Ada netizen mendakwa kisah dia memeluk Islam hanyalah publisiti murahan dan sekadar ‘content’ untuk meraih perhatian ramai sedangkan dia masih lagi melakukan perkara yang dilarang.