Seorang wanita tampil membuat laporan polis Jumaat lalu dan mendakwa dirinya telahpun dicabul oleh seorang Youtuber di sebuah homestay di Kubang Kerian, Kelantan pada 1 Ogos lepas. YouTuber mana pula yang buat hal ni?
Pada awalnya, Youtuber yang juga merupakan penerbit drama itu menawarkan bayaran sebanyak RM600 kepada mangsa untuk berlakon dalam drama yang diarahkannya. Selepas je penggambaran, suspek yang baru saja berusia 22 tahun itu mengajak mangsa untuk tidur disebuah homestay kerana masih ada lagi penggambaran yang masih belum selesai dan perlu dilakukan pada esok harinya.
Semasa mangsa berada dalam bilik seorang diri, Youtuber yang berusia 22 tahun ni didakwa masuk ke bilik mangsa dan terus peluk, cium dan raba mangsa. Siap beronani lagi gais. Gatal betul!
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, suspek telah tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut dan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok.