Kebanyakan orang kita akan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan jalan raya walaupun terpaksa bersesak dengan ramai orang.
Namun apa yang menjadi masalah apabila ada individu yang bertindak kurang ajar di dalam pengangkutan awam dan mementingkan diri sendiri.
Macam apa yang tersebar di Twitter apabila ada seorang warga emas telah memaki hamun penumpang wanita dan mendakwa tempat duduk wanita terbabit adalah miliknya.
Menurutnya juga, semasa warga emas itu memaki hamun dan menengkingnya, dia berada dalam keadaan ‘mamai’ kerana baru bangun tidur.
Hi semua yang selalu naik MRT tu, saya nak pesan sila berhati2 dengan this old guy. Dia sangat2 biadab siap tengking2 orang sebab dia claim seat yang orang duduk tu dia punya (while banyak lagi seat kosong). I am one of the victim today. Dia maki saya “stupid bitch” 🥹 pic.twitter.com/gaW9ZNSqTZ
Difahamkan, ada seorang gadis berbangsa Cina yang turut mempertahankan wanita itu, tetapi pak cik berkenaan berkeras bahawa tempat duduk itu adalah kepunyaannya walaupun terdapat banyak tempat duduk kosong lain.
Susulan kejadian berikut, ramai warganet yang menunjukkan rasa tidak puas hati dengan sikap pak cik yang menjengkelkan dan tidak beradab.