Pasti anda akan terkejut dan berasa gerun apabila menjumpai barangan yang berkaitan dengan perkara mistik. Itulah pengalaman yang dirasai oleh seorang wanita yang membeli sebuah beg tangan ‘preloved’ kepunyaan seorang founder kepada barangan kosmetik.
Menerusi video itu juga, Haslina memaklumkan bahawa beg tangan ‘preloved’ yang dibelinya itu merupakan kepunyaan seorang pengasas barangan kosmetik yang telah pun meninggal dunia.
Apa yang menggerunkan netizen ialah buku yang dipaparkan itu mengandungi tulisan ‘jampi serapah’ yang tidak diketahui maknanya.
Perkongsian Haslina itu kemudiannya tular dan menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen berkenaan tuan empunya buku jampi itu. Ada juga yang berpesan agar tidak menyebarkan berita yang tidak pasti agar tidak menyebarkan fitnah.