Trending

Wanita Kena Tangkap Lepas Buat Aksi Tidak Senonoh Di Balkoni

Published on

Gara-gara berkelakuan tidak senonoh di negara orang, seorang wanita warganegara Ukraine ditangkap di Mesir.

BACA: ‘Bangga’ Buat Aksi Tak Senonoh Dalam Kereta Polis, Pasangan Kekasih Didakwa

Memetik laporan Gulf News, wanita berkenaan mendakwa tidak tahu berkenaan undang-undang Mesir dan menyatakan dia juga berbuat perkara sama di negara asalnya.

Difahamkan, wanita berkenaan ditahan polis Kaherah selepas ramai rakyat Mesir membuat aduan melihatnya bergambar separuh bogel di balkoni sebuah apartment.

Penduduk setempat tidak tahan melihat aksi tidak senonoh wanita itu duduk di balkoni hanya berpakaian dalam.

Semasa ditahan, wanita berkenaan merayu untuk dilepaskan dan menjelaskan dia tidak berniat untuk menyebarkan maksiat dalam kalangan masyarakat Mesir.

Polis kemudian membebaskannya selepas dia memberi jaminan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Kredit: Gulf News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version