Sebagai seorang pengguna jalan raya, tolak ansur dan bersabar merupakan perkara yang paling penting. Janganlah pula ikutkan emosi sehingga mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
BACA: (Video) Rakaman Dashcam Kemalangan Di Lampu Isyarat, Myvi Putih Tak Bersalah!
Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok ini, pemandu kereta dilihat cuba menghimpit dari bahagian kiri lori di antara beberapa kenderaan berat.
Dalam rakaman dashcam itu, kedengaran pemandu kereta marah-marah mengetuk pintu lori sebelum tiba-tiba berhenti di hadapan lori itu.
Dipercayai tidak berpuas hati, pemandu kereta kemudiannya dilihat turun daripada kenderaannya untuk mengambil gambar lori yang menghalang laluannya.
Di ruangan komen, rata-rata daripada netizen mengkritik tindakan pemandu kereta yang dianggap bahaya.
Pemandu kereta juga dikecam menyusahkan pengguna jalan raya yang lain apabila dengan selamba berhenti di tengah jalan.
Kredit: TikTok @ahchot12
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.