Seperti video tular ini, seorang lelaki nyaris digilis sebuah lori ketika sedang mengisi angin tayar motosikal di sebuah stesen minyak.
Video berdurasi satu minit itu memaparkan sebuah lori yang diparkir tidak jauh dari lokasi pam angin tiba-tiba membelok.
Mangsa yang sedang mengisi angin tayar belakang motor terseret sedikit namun segera bangun menyelamatkan diri.
Insiden ini ternyata telah mengundang rasa tidak puas hati orang ramai terhadap pemandu lori yang dianggap cuai. Mereka turut mempersoalkan adakah mangsa berada di titik buta menyebabkan kemalangan berlaku.
Netizen turut menyarankan mangsa membuat laporan polis agar pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut. Mereka berharap tindakan sewajarnya diambil untuk memberi pengajaran kepada pemandu cuai sebegini.