Hari Raya merupakan hari yang ditunggu-tunggu untuk diraikan bersama keluarga tersayang. Tambahan pula, tahun ini kita dapat pulang ke kampung bagi meraikan lebaran bersama keluarga setelah dua tahun tidak dapat pulang beraya.
Tular satu perkongsian seorang jurugambar Fitrin Ruslee di akaun TikToknya, apabila seorang lelaki datang bersama ahli keluarganya untuk melakukan sesi fotografi sempena hari lebaran yang bakal menjelma nanti.
Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan lelaki yang bercermin mata itu baru sahaja kehilangan isteri kesayangan disebabkan oleh barah yang dihadapi serta terkena jangkitan Covid-19 sebelum Ramadan lagi.
Lelaki tersebut yang juga merupakan bekas ‘client’ kepada Fitri mengatakan bahawa arwah isterinya berhajat untuk mengadakan sesi fotografi seisi keluarga pada raya nanti dengan memakai pakaian sedondon berwarna kuning cair.
Oleh itu, lelaki tersebut menunaikan permintaan arwah isterinya meskipun terpaksa melakukan sesi fotografi tanpa si isteri di sisi.
Tidak dapat menahan sebak
Dapat dilihat lelaki tersebut mengesat air matanya kerana tidak dapat menahan sebak tatkala memegang bingkai gambar arwah isterinya ketika sesi fotografi sedang berlangsung.
Netizen turut sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video yang dikongsikan jurugambar itu dan mendoakan agar lelaki tersebut terus tabah dalam menghadapi ujian ini.
Kami di Oh! Media mendoakan agar roh Allahyarhamah Hanis Rahman ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin