Trending

(Video) Sesat Gara-Gara Ikut Waze Gombak Ke KL, Nasib Ada Orang Asli Tolong

Published on

Dengan kemajuan teknologi hari ini, aplikasi penunjuk arah sememangnya sangat membantu untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya dan memudahkan perjalanan.

BACA: Sekumpulan PATI Ditemui Sesat Dalam Ladang Malaysia, Gara-Gara Telefon Bimbit Dimasuki Air

Namun, kadang kala aplikasi ini membawa pengguna ke jalan yang sempit memasuki kawasan kampung sebagai jalan pintas.

Seperti pengalaman individu ini, dia dan rakan-rakan tersesat ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Gombak. Aplikasi waze membawa mereka melalui jalan gelap dan berbukit-bukau.

Lebih menyeramkan apabila kenderaan dinaiki mereka tiba-tiba dihentak ‘sesuatu’ di bahagian bumbung. Tidak dapat berpatah balik, mereka meneruskan perjalanan sehingga ke hujung jalan.

Di hujung jalan mereka berjumpa dengan orang asli. Orang asli menunjukkan jalan keluar yang mengambil masa kira-kira satu jam.

Akak orang asli yang tolong kita orang tu cakap dah selalu orang “kene” dekat situ.

Alhamdulilah lepas 1 jam 10 minit, kita orang nampak dah jalan besar.

@frds.hakimi

Pegi gombak nk makan bingsu je 😢, balik dari sana jadi camni. Akak orang asli yg tolong ktrng tu ckp dah selalu org “kene” kt situ 😭 ##bahanamulut

♬ Scary Music – Sinister Cellar – John Murray

Kredit: TikTok @frds.hakimi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version