Sudah menjadi adab berjiran, seseorang hendaklah menghormati dan bertoleransi di antara satu sama lain. Janganlah pula mementingkan diri sehingga menyusahkan jiran-jiran di sekeliling anda.
BACA: (Video) Jiran Selamba Buat Pagar Jadi Ampaian, Dah Tegur Pun Tak Jalan!
Seperti perkongsian di TikTok ini, seorang lelaki terpaksa meredah ‘hutan’ di sebuah flat dipercayai terletak di Kampung Cheras.
Pokok-pokok yang ditanam sepanjang laluan pejalan kaki hidup dengan subur sehingga menyukarkan orang ramai melalui kawasan itu.
Menurut pemilik akaun TikTok menan_banana, ketika melalui kawasan itu di waktu malam, dia merasakan seperti mendaki gunung. Dia juga tidak dapat menahan ketawa menceritakan pengalaman luar biasa itu.
Untuk kepastian, lelaki ini sekali lagi ke kawasan flat berkenaan pada waktu siang. Dari jauh dia sudah dapat melihat kawasan rumah yang dipenuhi dedaun hijau.
Di ruangan komen, orang ramai mengecam tindakan tuan rumah yang dianggap keterlaluan dalam menghias. Menurut mereka, laluan pejalan kaki yang dipenuhi pokok akan menyukarkan kerja-kerja menyelamat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Hmm.. Apa pendapat anda?
Kredit: TikTok menan_banana
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.