Gelagat melucukan sekumpulan lelaki menarik perhatian orang ramai apabila mereka dilihat seperti ‘berkelah’ di restoran makanan segera, KFC.
BACA: Akibat Percaya Petua TikTok, Kucing ‘Berubah’ Menjadi Lebah
Video berdurasi 35 saat itu memaparkan seorang lelaki selamba mengeluarkan periuk nasi dari dalam beg sebelum dia diserbu rakan-rakan yang lain. Dia dan rakan-rakan dilihat sudah bersedia dengan ayam goreng KFC yang dipesan terlebih dahulu.
Lebih melucukan, apabila mereka seakan-akan memerhati sekeliling risau sekiranya perbuatan itu ‘tertangkap’. Sambil menahan ketawa, tukang cedok nasi dilihat mengagihkan makanan dengan sangat berhati-hati. Iyalah, kalau tumpah membazir pula.
Setakat ini, video berkenaan telah mendapat sehingga 3 juta tontonan. Di ruangan komen, ramai pula yang mengimbau kenangan sewaktu bergelar pelajar yang terpaksa berjimat cermat sehingga hujung semester. Memori!
Kredit: TikTok @tengkuhahaha
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.