Ibu kepada arwah Zayn Rayyan meluahkan rasa sedih ketika menghadiri majlis graduasi di sekolah anaknya.
Ismanira Abdul Manaf menganggap ianya kenangan terindah buat mereka sekeluarga meskipun Zayn Rayyan sudah tiada di sisi.
BACA: “Mommy Dapat Edit Macam Ni Je” – Sebak! Keluarga Zayn Rayyan Hadir Majlis Graduasi Di Sekolah
Pada majlis graduasi tersebut, pihak sekolah SK Damansara Damai (2) dan murid pra sekolah membuat persembahan tribute khas untuk arwah Zayn Rayyan.
Murid pra sekolah menyanyikan tiga buah lagu dan kelihatan foto kenangan arwah ditunjukkan di screen televisyen.
Ibu arwah tak dapat menahan emosi dan menangis teresak termasuk juga hadirin yang lain. Di ruangan komen, netizen ikut sekali menangis mendengar nyanyian ikhlas rakan-rakan arwah.
Kredit: TikTok @missnurcahaya_
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.