Trending

(Video) Polis Siasat Pesakit Kuarantin Berjudi Di MAEPS

Published on

Kalau sebelum ini viral video menunjukkan mereka yang dikuarantin di Maeps sertai pertandingan tarian, kali ini dikatakan tersebar pula video yang menunjukkan pesakit Covid-19 berjudi.

Kejadian itu berlaku di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang dan pihak polis telah membuka kertas inkuiri atau siasatan dalaman.

Kertas inkuiri telah dibuka untuk siasatan lanjut serta pemantapan pemeriksaan pesakit di MAEPS. Kita masih menunggu arahan Bukit Aman untuk mengklasifikasikan kes di bawah seksyen bersesuian. – Kata Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Rakaman video yang tersebar itu menunjukkan beberapa pesakit sedang berkumpul bermain daun terup.

Walaupun tidak ada duit diletakkan di atas meja, tapi ada terlihat paket makanan seperti biskut dan mi segera yang mungkin boleh menjadi barang taruhan.

Jika ia benar berlaku, perkara seperti ini tidak seharusnya dibiarkan dan semoga mereka yang melakukan perkara ini sedar kesilapan mereka.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version