Di TikTok, netizen meluahkan rasa terhibur dengan perkongsian video penggali kubur yang membuat pesanan di waktu malam.
Dalam rakaman itu, kelihatan penggali kubur dikenali sebagai Anwar Abdul Rahman sedang melakukan kerja menggali tanah.
Dia dipercayai membuat pesanan makanan melalui aplikasi Foodpanda sebelum seorang rider menghantarnya ke lokasi pin iaitu di tanah perkuburan.
Dia sempat berterima kasih dan berseloroh mengajak rider tu gali kubur sekali. Di ruangan komen, lain pula yang jadi perhatian netizen.
Rata-rata daripada mereka terhibur membayangkan reaksi rider tu bila dapat order di lokasi pin. Iyalah, siapa tak berdebar bila malam-malam dapat pesanan kawasan tu kan?
Apa-apa pun tindakan abang Foodpanda ini harus dipuji, tak kira masa atau lokasi, dia tetap menyelesaikan amanah yang diterimanya daripada pelanggan.
Kredit: TikTok @anwarcaad13
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.