Trending

(Video) Netizen “Kembang Tekak” Tengok Lelaki Ini Masak Maggi Dalam Sinki Hotel

Published on

Sekumpulan lelaki meraih pelbagai reaksi daripada orang ramai gara-gara memasak mi segera di dalam sinki sebuah hotel.

BACA: Demi Content TikTok, Sanggup ‘Edit’ Gambar Kahwin Orang Lain

Difahamkan, lelaki berkenaan terpaksa mengambil ‘inisiatif’ itu memandangkan bilik hotel tidak tersedia perkakas seperti pinggan atau mangkuk.

Salah seorang daripada mereka memberitahu sinki itu sudah dibersihkan terlebih dahulu sebelum mi segera dimasak menggunakan air panas.

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada netizen. Kata netizen, sinki di dalam bilik hotel sudah tentu digunakan oleh ramai orang sebelum ini.

Ada yang membasuh najis bayi dan ada juga yang menggunakannya untuk berkumur. Walaupun sinki sudah dibersihkan, netizen merasakan hal itu tidak sepatutnya berlaku di atas faktor kesihatan.

Kredit: Twitter TikTokBerguna

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version