Memetik laporan Harian Metro, video berdurasi 30 saat mula tular di media sosial pada Jumaat memaparkan suspek yang menaiki Perodua Viva merempuh kereta bekas tunangnya yang berada di parkir.
Difahamkan kejadian yang berlaku di Bandar Indah, Batu Empat, Sandakan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek apabila pertunangan diputuskan.
Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, mangsa yang merupakan pemilik Myvi tampil membuat laporan pada hari yang sama.
Suspek lelaki yang juga bekas tunang mangsa berusia 20-an pada masa kejadian memandu Perodua Viva didapati dengan sengaja melanggar kenderaan mangsa yang diparkir di tempat letak kenderaan.
Pihak polis juga dilaporkan sudah berjaya menahan suspek pada jam 11.15 malam tadi. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.