Trending

(Video) Lori Treler Gagal Mengelak Rempuh Kenderaan Awam, 2 Maut 7 Cedera

Published on

Tular di media sosial hari ini kemalangan maut melibatkan sebuah lori treler dipercayai gagal mengelak penutupan jalan di Putrajaya.

BACA: Jalan Sesak Hampir 4km, Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babitkan Tiga Treler, Dua Kenderaan

Memetik laporan Harian Metro, kemalangan yang membabitkan 12 kenderaan itu telah meragut dua nyawa, manakala tujuh orang cedera.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.20 pagi dari arah Persiaran Utara menghala ke Presint 12. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lori treler dari arah belakang mengubah laluan dari lorong tengah ke lorong kiri dan terus merempuh kenderaan di hadapan.

Artikel akan dikemaskini.

Kredit: Harian Metro | X Meowny

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version