Sebut sahaja sinetron Indonesia, anda pasti dapat membayangkan jalan cerita yang unik dan lucu, kan? Apa sahaja yang tidak masuk akal, boleh dijadikan aksi yang menghiburkan.
Terbaru, sedutan dari rancangan terbitan IndoSiar telah menarik perhatian ramai apabila si ibu dilihat bangun daripada koma selepas suami dan anaknya menari Tiktok. Siap tanya lagi kenapa tak ajak ibu joget sekali!
Difahamkan, si suami pada ketika itu sedang mencari jalan agar isterinya bangun. Namun, si anak tampil dengan idea ‘bijak’ iaitu menari Tiktok berikutan ibunya yang gemar berjoget.
Siapa sangka ajaib sekali penangan joget Tiktok di Indonesia. Yang koma pun boleh sedar!