Gelaran yatim akan diberikan kepada seorang anak apabila mereka kehilangan ibu atau bapanya, namun tiada gelaran buat ibu atau bapa yang kehilangan anak mereka buat selama-lamanya.
Difahamkan, wanita tersebut dikatakan sedang sibuk memasak bagi menyambut hari jadi arwah anaknya itu ketika orang ramai memaklumkan tentang pemergian anaknya.
Menerusi video tersebut, dapat kita lihat wanita tersebut seakan tidak percaya dan tidak dapat menerima berita pemergian anaknya itu.
Moga mak cik diberikan kekuatan
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat video tersebut dan mengucapkan takziah buat wanita itu atas pemergian anaknya.