Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak apabila satu perkara yang tidak diingini berlaku ketika dia keluar bersiar-siar bersama ahli keluarganya.
Menerusi video dimuatnaik WanPutriShazleen itu, dapat dilihat berlakunya detik cemas apabila salah seorang anaknya secara tiba-tiba jatuh ke dalam tasik.
Dalam pada itu, menerusi satu video yang dimuatnaik semula Malaysian Update News, dapat dilihat seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada kanak-kanak tersebut pantas terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan anaknya yang terjatuh itu.
Ayah hero anak-anak
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas lelaki tersebut yang menyelamatkan kanak-kanak tersebut tanpa berfikir panjang.
Mohon pihak berkuasa tambah baik keselamatan
Dalam pada itu, ada juga netizen yang meminta pihak bertanggungjawab untuk meningkatkan keselamatan di kawasan sekitar tasik supaya perkara seperti itu tidak berulang kembali.