Ebit Lew yang mendiamkan diri atas sebab-sebab tertentu berkaitan misi bantuan di Gaza baru-baru ini kini tampil memperjelaskan perkara sebenar dan menjawab segala pertuduhan terhadap dirinya oleh beberapa pihak menerusi IG live di Instagram miliknya.
Untuk pengetahuan, semalam, Ebit Lew telah membuat laporan polis mengenai tuduhan beberapa pihak yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini mengenai misi bantuan di Gaza.
Sebelum ini, Rakyat Malaysia di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir menjelaskan beberapa isu kontroversi membabitkan misi bantuan kemanusiaan pasukan Ebit Lew ke Gaza, Palestin menerusi Channel Telegram miliknya.
Apapun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik bagi semua pihak yang terlibat. Semoga orang-orang hebat seperti kalian tetap kuat untuk terus membantu orang-orang yang memerlukan diluar sana.