Apabila kita menaiki kenderaan awam ataupun berada di tempat awam, sudah menjadi satu kemestian untuk kita memberikan tempat duduk kepada golongan yang lebih memerlukan seperti ibu mengandung dan warga emas.
Tapi masih ada lagi segelintir individu yang bersikap pentingkan diri sendiri dan hanya membiarkan sahaja golongan yang lebih memerlukan itu untuk terus berdiri tanpa rasa bersalah.
Biarkan ibu mengandung berdiri menunggu giliran di hospital
Tular satu video di TikTok memaparkan keadaan yang berlaku di sebuah hospital ibu dan kanak-kanak.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa orang ibu mengandung sedang berdiri ketika menunggu giliran untuk melakukan pemeriksaan kandungan bersama dengan doktor.
Lebih menggeramkan ialah, terdapat segelintir kaum bapa yang terus duduk tanpa mempelawa atau menawarkan tempat duduk buat ibu mengandung yang sedang berdiri. Bahkan, ada juga yang siap tidur di atas kerusi tersebut.
Siap tidur lagi tu
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berang dan mengecam tindakan segelintir ‘geng’ ayah yang tidak memberikan ruang duduk kepada ibu yang sedang sarat mengandung dalam video berkenaan.