Trending

(Video) Anak Nyaris Dilanggar, Netizen Geram Tengok Mak Ayah ‘Relax’ Dan ‘Steady’

Published on

Tidak dinafikan anak-anak dalam proses membesar sangat aktif dan sukar dikawal. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mengawasi mereka supaya perkara buruk dapat dielakkan.

BACA: Sikit Lagi Nak Kena Langgar, Netizen Geram Lihat Budak Lari Melintas Jalan Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

Di Facebook, tular video memaparkan sebuah kereta nyaris melanggar seorang kanak-kanak yang tiba-tiba berlari melintas jalan. Keadaan pada waktu malam membuatkan penglihatan terhad, nasib baik kereta sempat menekan brake.

Berdasarkan rakaman dashcam kereta, kejadian berlaku pada 8 April 2022 kira-kira jam 10.33 malam.

Tengok molek gak anok tu. Ish. Astaghfirullahalazim.

Apa yang membuatkan netizen geram adalah orang dewasa yang disyaki ibu bapa kanak-kanak itu hanya melenggang tanpa menunjukkan reaksi panik atau terkejut.

Di ruangan komen, orang ramai menasihati ibu bapa agar lebih berhati-hati dan menjaga anak-anak dengan baik terutamanya ketika melintas jalan. Iyalah, orang kata ‘malang tidak berbau’, lebih baik beringat sebelum terkena.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Exit mobile version