Trending

Video Anak Kambing Wajah Manusia Viral, Disembah Bagai Dewa Di India

Published on

Gambar dan video seekor kambing tersebar di laman sosial kerana keanehan dimilikinya. Anak kambing dengan wajah menyeramkan itu memiliki ciri seakan manusia membuatkan penduduk kampung Seltipada, Gujerat, India gempar.

Anak kambing itu mempunyai 4 kaki dan 3 telinga manakala bahagian lainnya seperti manusia. Dilahirkan di sebuah rumah petani, Ajaybhai Vasava, anak kambing itu tidak mempunyai ekor dan hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum mati.

Video mula viral di laman sosial merakamkan kambing itu mula disembah oleh penduduk tempatan yang percaya ianya adalah kelahiran semula nenek moyang mereka.

Di India, kelahiran haiwan mutasi menarik perhatian ramai kerana anggapan ianya petanda kehadiran dewa-dewi.

Kredit: India.com

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version