Trending

Varian Baru ‘Deltacron’ Ditemui, Kali Ini Rambut Gugur Salah Satu Simptom Pesakit?

Published on

Selepas Omicron dan IHU, kali ini saintis di Cyprus menyatakan mereka telah menemui varian Covid-19 terbaru, iaitu Deltacron!

BACA: Omicron Belum Reda, Varian Baru IHU Pula Muncul?

Menerusi laporan Awani, setakat ini, 25 kes berkaitan varian Deltacron telah dikesan dan varian terbaru ini merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.

Ada jangkitan yang menggabungkan varian Delta dan Omicron

Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis mengatakan, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta sehingga menyebabkan varian baru ‘Deltacron’ ditemui.

Varian baru ini katanya senang menjangkiti mereka yang sedang dirawat di hospital.

Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini.

Kali ini, saintis melaporkan terdapat dua simptom berbeza yang diterima oleh pesakit Deltacron, iaitu pink eyes dan keguguran rambut.

Makin banyak pula varian baru nak muncul sekarang ni ya. Tambah pula dia main dengan simptom keguguran rambut, masalah terbesar wanita! Haha, seram rasanya. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari varian-varian yang tak habis-habis ni ya!

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version