Sebelum ini, seorang peguam Azman Abdullah yang mewakili Daniel secara pro bono telah menyatakan alasan Daniel mencuri adalah kerana mahu membeli ubat buat atuknya. Namun, dakwaan itu disangkal oleh pihak polis dan menyatakan Daniel sebenarnya mencuri untuk membeli dadah.
Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menyatakan, selepas melakukan siasatan, Daniel didapati mencuri duit tabung masjid tersebut untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.
Setahun terlibat dengan dadah
Dakwaan yang sebelum ini mengatakan Daniel mencuri kerana mahu membeli ubat buat datuknya adalah salah sama sekali.
Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.
Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu. – Superintendon Shafa’aton Abu Bakar
Menurut Shafa’aton, Daniel telah terlibat dengan penagihan dadah sejak setahun yang lalu.
Allahuakbar, macam-macam cerita yang tular di media sosial berkaitan dengan Daniel ni. Semoga kita semua dilindungi dari penyebaran fitnah dan harapnya netizen ambil pengajaran daripada kes adik Daniel ni. Ambil yang baik, buang yang keruh ye semua!