Oh! Artis

‘Tweet’ Lama Ubai Tular, Minat Shila Amzah Dari Zaman ‘Form 2’

Published on

Baru-baru ini, Ubai pernah menyatakan dalam satu sesi temu bual bahawa dirinya pernah mengumpul 50 sen setiap hari sewaktu zaman persekolahan hanya untuk membeli album isteri, Shila Amzah.

Malah, ramai yang menganggap kisah itu direka tetapi netizen lebih mempercayainya apabila tular satu video mengenai tweet lama Ubai di laman TikToknya.

Menerusi perkongsian video itu, beberapa tangkap layar selebriti media sosial itu ‘mention’ Shila Amzah untuk berborak dengannya.

Tambahan, difahamkan waktu itu Ubai masih berumur 14 tahun kerana tweet berkenaan dibuat pada tahun 2012 dan kini dia sudah pun berumur 25 tahun.

Dalam pada itu, disebabkan dirinya masih di bangku sekolah, Ubai memanggil isterinya dengan gelaran ‘kakak’ sebagai tanda hormat orang yang lebih tua.

BACA: “Lantaklah Mereka” – Shila Amzah Akhirnya Buka Mulut, Dah Serabut Tengok Ibu Bapa Asyik Gaduh

Sebelum ini kami ada kongsikan kisah mengenai penyanyi Shila Amzah yang akhirnya membuka mulut berhubung isu ibu bapanya yang bergaduh.

Kredit: TikTok

+ Baca artikel penuh Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7265158979674819841?_t=8ejyEoHHMOO&_r=1

Exit mobile version