Dalam video tersebur, wanita yang dipercayai pengasuh itu dilihat menampar muka serta menarik tangan bayi dengan kuat ketika sedang memakaikan baju.
Terbaru, Kosmo! melaporkan wanita tersebut yang merupakan warga asing akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, kejadian berlaku di sebuah rumah di Persiaran Minden, Gelugor pada 2 Disember lalu.
Pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita mendakwa suspek mendera empat kanak-kanak. Suspek kemudiannya ditahan pada 8 Disember lalu iaitu sehari selepas laporan diterima.
Jelas Soffian lagi, suspek direman selama enam hari dan ditahan di Penjara Seberang Perai di Jawi (Nibong Tebal).
Dia dijangka dituduh selepas mendapat kebenaran Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(2) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penderaan kanak-kanak dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.