Trending

Tular Video Lelaki Curi Tiang Besi, Ada 11 Rekod Jenayah Lampau

Published on

Di media sosial, viral rakaman video memaparkan gelagat seorang lelaki dengan selamba curi tiang besi dan kabel di kawasan Manjoi, Ipoh Perak.

Tindakannya itu telah ditegur seorang individu namun dia tidak mengendahkannya. Malah, dia meminta individu itu supaya beredar dan tidak sibuk mencampuri urusannya.

BACA: Milo ‘Display’ Disangka Asli, Peniaga Terhibur Kenang Nasib Pencuri

Susulan kejadian itu, suspek yang berusia 41 tahun telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

Tambahnya, suspek ditahan selepas laporan dibuat seorang lelaki pada pukul 9.16 malam berhubung kejadian curi di sekitar kawasan Manjoi dan Jelapang.

Suspek diberkas polis pada pukul 12.15 tengah malam tadi di sebuah bangunan kosong di Manjoi. Bersama-sama suspek, pihak polis turut merampas beberapa barang kes.

Video tular

Kredit: Utusan | Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version